Dari Meja Guru Besar

Written by Mohd Shahir Sidik.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya dan limpah kurniaNya saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena kewujudan laman portal SK Muhammad Saman. Semoga laman ini dimanfaatkan oleh semua warga SK Muhammad Saman. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SKMS teruamanya Unit ICT SKMS kerana berjaya merealisasikan kewujudan Laman Portal SKMS ini. Kewujudan laman ini diharap akan dapat menerapkan budaya ICT di kalangan warga SKMS.

Saya percaya dengan usaha yang gigih, berterusan dan istiqamah daripada semua pihak dalam memanfaatkan laman ini dapat meningkatkan bukan sahaja dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah malah dapat juga meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid-murid sekolah ini. Saya berharap setiap unit dapat menggunakan laman ini untuk menyebar dan memaklumkan kegiatan atau program yang dirancang atau yang telah dijalankan serta pencapaian unit masing-masing.

Kepada pengunjung yang sudi melayari laman ini, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih semoga maklumat dan maklum balas tuan/puan dapat meningkatkan pengurusan laman ini. Diharap dengan adanya laman ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pelbagai pihak. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan laman ini. Semoga laman ini dapat meningkatkan mutu pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran di SKMS. Insyaallah.

Sekian, terima kasih. Wasalam

williamhill bookmaker
Online bookmaker the UK whbonus.webs.com William Hill